Like this:

TRAGEDI FLAT 100

Tragedi Flat 100 .. sudah menjadi kes polis.. persoalannya kenapa dan bagaimana suspek memiliki pistol??? Ini perlukan satu siasatan menyeluruh.

UPDATE:

Polis mengesahkan pistol yang dirampas daripada suspek lelaki tempatan dalam kejadian pergaduhan di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Jalan Sungai, Sungai Pinang, di sini, semalam merupakan senjata tiruan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V. Saravanan berkata, bagaimanapun motif sebenar suspek memiliki pistol tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

“Pistol yang dirampas semalam adalah pistol palsu.

“Punca kejadian rusuhan berlaku membabitkan sekumpulan lelaki terbabit juga masih dalam peringkat siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, seramai lima suspek diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu.

Suspek pertama ditahan di lokasi kejadian ketika berada dalam keadaan cedera pada kepala, sambil memegang sepucuk pistol manakala empat lagi suspek diberkas semasa cuba melarikan diri dengan sebuah kereta.

Kesemua suspek yang berusia antara 24 hingga 34 tahun itu kini dalam tempoh reman sehingga 9 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02671NEBoctqB11EuNBD9swQZKt9jYF3b4ahsowecBdp7esMLt6a9tAMsiQFJL41hcl&id=100063840980043&mibextid=Nif5oz

Bawa Pistol

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading