Saya tahu ramai pemilik motorsikal amat menyukai untuk membuat ubahsuai pada motorsikal milik mereka. Semuanya kerana nak nampak ranggi, berbeza dan "power'.
Tapi,
Satu perkara kena selalu ingat. Kena sentiasa ambil tahu.
Setiap ubahsuai yang dibuat pada kenderaan motorsikal milik anda yang tidak dibenarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan akan menyebabkan perlindungan insuran @ takaful yang anda ambil telah terbatal dengan sendirinya. Jika berlaku apa-apa kemalangan, anda tidak boleh membuat tuntutan kepada syarikat Insuran @ Takaful yang anda langgani.
Semua Insuran @ Takaful motorsikal sebenarnya menyediakan satu pampasan terhadap kemalangan bagi penunggang yang berdaftar (Named Rider) sebanyak maksima RM10 ribu. Ini yang ramai orang tak berapa tahu atau tak nak ambil tahu. Namun jika syarikat Insuran @ Takaful mendapati bahawa ada berlaku ubahsuai yang tak dibenarkan telah dibuat pada motorsikal tersebut, maka pampasan ini tidak akan dibayar.
Malah tiada satu pampasan pun akan dibayar kepada pemilik motorsikal yang didapati melakukan kesalahan ubahsuai.
Jadi, kena faham yang ini.
Admin
www.ehailing.fm
Beli dashcam untuk motorsikal anda sekarang