Like this:

USIM cari jalan kerjasama dengan syarikat eHailing

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sedang mendapatkan kerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing dalam usaha menangani isu ‘prebet sapu’ membabitkan mahasiswa universiti itu, baru-baru ini.

Usim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Datuk Dr. Adnan Mohamed Yusoff berkata, setakat ini perbincangan bersama syarikat perkhidmatan e-hailing itu telah pun dilakukan, namun syarikat berkenaan masih menunggu kelulusan jabatan kerajaan yang bertanggungjawab.

“Syarikat e-hailing berkenaan masih lagi menunggu kelulusan daripada agensi berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum menawarkan perkhidmatan kepada penuntut di USIM. Difahamkan, syarikat e-hailing tersebut turut beroperasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM).

“Apabila adanya kerjasama daripada syarikat e-hailing ini, ia dapat memberi perkhidmatan kepada penuntut dengan tambang yang murah. Selain itu, ia secara tidak langsung memberi pelindungan kemalangan dan peluang pekerjaan kepada individu yang berminat menjalankan perkhidmatan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini.

Berkenaan dengan isu ‘prebet sapu’ yang tular melibatkan mahasiswa universiti itu, beliau berkata, USIM telahpun memanggil penuntut terlibat.

“Alasan diberi pada awalnya adalah ingin menolong rakan dan bukannya kerana terdesak mencari kewangan sendiri. Ada yang menggunakan perkhidmatan prebet sapu tersebut kerana tambang yang dikenakan lebih murah.

“Selain itu, perkhidmatan itu terpaksa digunakan penuntut untuk hadir ke kuliah kerana masa pengajian tidak selari dengan tempoh masa pengambilan pengangkutan bas yang disediakan USIM. Ia berbalik kepada fleksibiliti penuntut-penuntut itu sendiri.

“Di pihak USIM, tindakan telah diambil dengan memberi nasihat supaya tidak mengulangi kesilapan sama. Di peringkat JPJ pula, telah dibuat perjumpaan dan isu ini sebenarnya maklumat terbuka bukan sahaja berlaku di Negeri Sembilan sahaja tapi di semua institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta,” katanya lagi

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading