Kejadian di Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi kira-kira 10 malam, 12 Mac lalu.
Pihak masjid pada asalnya tidak membuat sebarang laporan polis kerana beranggapan wanita itu mungkin ada masalah mental.
Namun, pihak masjid mengubah pendirian dengan membuat laporan setelah kejadian itu tular.
Wanita berkenaan dikatakan bertanya beberapa soalan kurang sopan berhubung suara bacaan imam dan bilal yang didakwanya menganggu kejiranan situ.
Kakak kepada wanita itu ada menghubungi pihak masjid dan menjelaskan adiknya mempunyai masalah kesihatan mental selepas pulang dari luar negeri.
Kakaknya mendakwa, sebelum itu adiknya pernah menaja orang untuk mengerjakan umrah dan tidak bersikap seperti dalam video itu.
Pihak masjid merancang mengadakan pertemuan kedua pihak bagi wanita itu membuat permohonan maaf dan merapatkan ukwah kedua pihak. -