Benda mudah sahaja. Hanya dengan membuka pautan pada link yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp, Telegram dan saluran media sosial, besar kemungkinan telefon pintar anda boleh dicerobohi dan dimanipulasi.
Itu belum lagi dengan menggunakan aplikasi khas lain yang sekadar membuat panggilan terus kepada telefon pintar anda, yang walaupun anda tidak mengangkat (menyahut) panggilan itu, ianya tetal berjaya mencerobohi dan memanipulasikan telefon pintar anda.
Untuk keselamatan, jangan "root" kan perisian asas telefon pintar anda. Jangan "install" apa-apa APK yang bukan dari Google atau Apple.
Jika berkemampuan, langgan perisian antivirus yang sah dari jenama yang sah sahaja.
Pastikan telefon pintar anda menggunakan aplikasi biometrik bagi setiap aplikasi pembayaran digital, e-dompet dan sebagainya.
Paling penting, pastikan telefon pintar anda sentiasa berada dalam mod "lock"
Berwaspada itu penting. Tambah lagi bagi penggiat industri e-Hailing dan p-Hailang yang 100% menggunakan e-dompet (e-wallet) dalam urusan sehari-hari.