Awal minggu ini, YouTube mengesahkan pengguna akan mula melihat iklan apabila menghentikan video seketika, kecuali bagi mereka yang melanggan Premium.
Walau bagaimanapun, harga untuk YouTube Premium telah dinaikkan. Sebelum ini, pelan Individu berharga RM17.90 sebulan, kini ia menjadi RM20.90. Pelan Keluarga naik dari RM33.90 kepada RM41.90, manakala Pelan Pelajar juga meningkat dari RM10.90 kepada RM12.90 sebulan.
Kenaikan ini akan segera berkuat kuasa bagi pengguna baharu, manakala pengguna sedia ada akan melihat perubahan ini pada kitaran bil seterusnya.